Hi korang. Selamat hari Isnin!! Rasa tak level kemerontaan bangun pagi hari ni agak tinggi daripada biasa? Maklumlah baru lepas cuti panjang? Tapi mujur harini kat ofis pun tak sesibuk biasa. Agaknya ramai lagi masih EL bercuti atau baru nak warming up sambil baca blog ke kan. Hehe
By the way, entry kali ni agak pendek dan kurang gambar. Maklumla masuk ke dalam kawasan lebih kurang macam Petaling Street kita. Kamera besar memang la tinggal. HP pun memang jarang jarang keluar dari bag. Tuan tanah akan cuba gambarkan je la ye?
Lepas pulang dari Ngong Ping cable car, kitorang balik ke bilik masing masing. Dan berjanji untuk ke Ladies Market sebelah malamnya. Masa trip kitorang ni sebenarnya rakyat HK yang mostly adalah students tengah buat protest tentang cadangan pembaharuan sistem pilihanraya diorang. Protest ni mula dari September pun. Since kami dah beli tiket, yang kami mampu hanya baca je apa apa update dan banyak juga bertanya kat tripadvisor & couchsurfing keadaan sebenar tempat tempat yang diorang buat protest tu.
Lagi haru bila protest tu buat dibanyak tempat & mostly kat tempat tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Imagine diorang siap bawak khemah. Berumah tangga kat situ. Dan paling best ada mini hospital okay. Ada juga terbaca jumlah orang yang join protest ni pernah hampir 100,000 orang. Ko ghase? Bersatu padu ke idok?
Ok berbalik cerita kami. Ramai yang beri nasihat & pendapat yang Ladies Market adalah selamat untuk kami tinjau. In fact kami siap jalan kat tepi tepi mereka, takde pape yang menakutkan pun. Kalau yang bergaduh dengan polis tu ada la kot provokasi among them. Sebab so far kami jalan semua ok.
Source : Discover Hong Kong
Untuk ke sini, sila turun di Mongkok Station, Exit E2. Market tu terletak dibelakang Exit E2. Style kitorang memang jalan dulu survey survey harga. Dan kebanyakan memang jual harga dengan kuantiti yang sama. Ada sikit style Petaling Street macam bila tanya harga tu kira dia dah assume ko nak beli. So kebanyakan memang dah bubuh price kat barang barang dorang.
Jangan takut nak buat bargain harga. Bargain discount like 3/4 from the price. Takat kena marah, ko blah je dari kedai dia. Berlambak orang lain jual. Trust me. Tuan tanah pun ada je kena yang dia kata tuan tanah crazy. Sebab mintak harga yang out of her mind kot? Set kan je satu harga untuk barang yang berkenan tu dalam hati. Contoh: "aku tak nak bayar lebih dari HKD150 untuk handbag ni" HAHA itu tuan tanah lah. Apehal nak beli handbag takde brand mahal mahal kan?
Masa ni kami jumpa kedai amoi ni. Memang rejeki dia la. Orang lain jual TShirt HK ni 5 helai HKD100. Dia offer 7 helai HKD100. Memang berumah tanggalah kitorang memilih sampai dah buat macam kedai sendiri. Asalnya muka memang kelat je. Bila tengok sorang beli 28 helai. Sorang beli 21 helai. Tuan tanah beli 14 helai. Terus muka ada sinyum.
Tokey tshirt tu yang bertshirt warna merah tu. Sesiapa yang pergi nanti, cari amoi ni tau. Amoi yang baju hitam tu datang mencemar duli je. Dia jual selendang kat depan. Tapi oleh kerana kami duk beli macam nak buat meniaga, dia dan dan la datang nak friendly friendly ajak ke kedai dia. Haha.
Source: Google Image
Satu lagi yang menarik minat Tuan Tanah & berbaloi untuk dibeli adalah pendrive comel comel macam gambar atas ni. 16GB pendrive boleh dapat 8pcs for HKD100. Tak berbaloi ko beli buat ole ole untuk kawan kawan? Menyesal pulak lepas dah balik tu tak beli. Sapa nak pergi nanti beritau ye. Boleh kirim hehe.
Ada banyaklah benda dijual dalam market tu. Sediakan duit & kentalkan diri untuk bargain je. Even dream catcher ala ala Cha Eun Sang bagi kat Kim Tan pun hade tau tak?
Kami spent dekat 3 jam juga la berjalan kat situ. Sampai kedai kedai dah nak tutup. Since bawak barang dah banyak, kami decide nak naik teksi je. Terlupa pasal protest tu dah tutup kebanyakan jalan kat situ. Sampai kena tanya 2-3 orang kat mana nak dapatkan teksi. Sempat la lalu tepi tepi khemah. Rasa macam diorang tengah camping je kat situ.
Kebetulan dapat la tahan satu teksi ni. Mula mula muka serious. Of course la expected diorang tak boleh berbahasa inggeris kan. Sekali dia mula cakap pasal protest. Fluent english. Fuhhhhhhhh! Memang best dapat borak & dengar pendapat orang orang dewasa sana. Rasa tak puas naik teksi dia lepas tu dah sampai. Dia siap pesan suruh extra careful bagai. Ada juga yang manis tentang HK ni untuk hari tu despite hati yang membengkak kerana kejadian siang.
Oklah. Next entry nanti tuan tanah share kedai makan yang tuan tanah pergi sebelum tuan tanah ke Ladies Market ye. Babai.
apa? "sorang beli 28 helai. Sorang beli 21 helai. Tuan tanah beli 14 helai" korang balik menjual ke hahaha
ReplyDeletedulu pegi ladies market balik tgn kosong..reason? tak ada brg yg minat di mata dan juga semua letak harga mahal..bila bargain..marah ada yg x layan..
betul tu Naz..org HK mmg fluent English compare to China
hahaha masing masing tu ada adik beradik ramai. belom masuk anak anak buah. tu yang masing masing mcm nak meniaga. Naz pun kena gak bila penjual marah bila bargain. Tapi kental je hehehe
DeleteWei nak jugak kirim pendrive tu...bgtau eh klo ada org pi...hehe yg ko soping bgai nk rak tu xdikira 'manis' ker? #lapmulutteringatkeenakandimsum
ReplyDeleteKannnn. menyesal aku tak beli tau. Konon2 "eleh apahal nak bg org pendrive" sekali dah balik rasa menyesal pulop. dimsum jgn sebut ye!! hahah
DeleteHa sekali aku pun nak pendrive tuh! Apadehal x de manis....ko pun dah kira manis dah tuh.
ReplyDeletehahahahahaha sekarang dh menyesal tak beli pendrive tu tau!!
Deletecomel sangat pendrive tu...
ReplyDeletecomel kann? hehe salam kenal!!
DeleteOk ni aku punya bangang. Haritu nampak pendrive comel2 tu, aku ingat keychain wei. Sedih xperangai. So aku xdelah nak belek2 or bargain bagai. Sampai Msia, nampak kawan aku borong & jual balik kat fb. Choii sangat kenapa aku xtau tu pendrive.
ReplyDeletekira ko tak tahu dimaapkan la juga kan. aku yg dah tahu pun tak terfikir nak beli tau.
Deletehi, nak tanya... klw keychain brp ye klw sepapan?
ReplyDeletealamak. mintak maaf banyak banyak sebab tak ingat dah harga.
Delete